Bantuansara.com merupakan portal maklumat yang dibangunkan khas untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan info terkini, tepat dan mudah difahami berkaitan bantuan sara hidup, bantuan kerajaan, serta inisiatif kebajikan yang ditawarkan di peringkat kerajaan malaysia dan kerajaan negeri.
Kami menyusun maklumat berdasarkan kategori seperti STR (Sumbangan Tunai Rahmah), SARA (Sumbangan Asas Rahmah), eKasih, bantuan JKM, bantuan pendidikan, dan pelbagai lagi supaya memudahkan carian dan kefahaman pembaca.
Misi Kami
Misi kami adalah untuk:
- Menyampaikan maklumat bantuan secara telus, sahih dan dikemas kini.
- Membantu rakyat memahami syarat kelayakan, cara mohon, dan status semakan.
- Menjadi sumber rujukan utama bantuan di Malaysia.
Apa Yang Anda Akan Perolehi di Sini?
- Panduan permohonan bantuan kerajaan (online & kaunter)
- Jadual bayaran & semakan kelayakan terkini
- Tips dan penjelasan mesra pembaca berkenaan bantuan semasa
Ketelusan Sumber
Kami hanya merujuk kepada:
- Portal rasmi kerajaan Malaysia (LHDN, eKasih, ICU JPM, JKM)
- Kenyataan media rasmi kementerian di Malaysia
- Panduan dan info daripada agensi bantuan negeri dan persekutuan
Kami tidak mewakili mana-mana badan kerajaan, tetapi berfungsi sebagai platform rujukan bebas untuk memudahkan rakyat Malaysia memahami hak dan akses kepada bantuan yang tersedia.
Hubungi Kami
Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan, pengiklanan, pembetulan maklumat atau ingin berkongsi pengalaman berkaitan permohonan bantuan, sila hubungi kami.